Kewajipan berbuat baik kepada anak yatim, Firman Allah :
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَى قُلْ إِصْلاَحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ
“Dan mereka bertanya
kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut
adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah
saudaramu”
(Al-Baqarah 1 : 220)
Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. ia ditubuhkan di atas kesedaran dan tanggungjawab untuk membina kehidupan yang lebih sempurna kepada anak-anak yatim dalam kalangan fakir miskin. tanggungjawab ini sebenarnya terletak dibahu setiap komuniti walau di mana pun mereka berada. tanggungjawab untuk membina kehidupan yang lebih selesa ini bukan hanya sekadar untuk menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian semata-mata tetapi harus meliputi pembangunan insan yang merangkumi pendidikan sahsiah serta akademik dan kemahiran hidup.
Malah
tanggungjawab ini akan lebih dirasai penting apabila kebanyakan daripada
anak-anak yatim dan asnaf ini tidak mempunyai kehidupan yang sempurna malah
terdapat juga dalam kalangan mereka yang terpaksa bekerja walaupun baru diusia
yang sangat muda kerana terpaksa membantu untuk menstabilkan ekonomi keluarga
mereka yang kebanyakannya berlatarbelakangkan daripada keluarga yang miskin dan
berpendapatan rendah. hal ini mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran
dan pendidikan kerana tidak dapat hadir ke sekolah sepertimana yang
dijadualkan. bahkan ada juga di antara mereka yang terpaksa berhenti sekolah
kerana tidak mampu. keadaan ini sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak dapat
mencapai apa yang diinginkan dalam kehidupan.
Kajian
mendapati bahawa sebahagian besar masalah sosial yang tercetus dari kelompok
remaja adalah akibat daripada tekanan hidup yang datang daripada keruntuhan
keluarga serta faktor kemiskinan keluarga. faktor inilah sebenarnya yang
mendorong kepada keciciran dalam bidang pelajaran yang akhirnya mengakibatkan
kehidupan mereka menjadi tidak tentu arah serta menimbulkan pelbagai gejala
negatif dalam kalagan masyarakat.
Penubuhan rumah anak yatim ini juga
melibatkan beberapa pihak yang bertanggungjawab dan ia juga dibina berasaskan
kepada misi dan visi tertentu.
MISI :
1. Mengurus kebajikan dan bantuan
kepada anak-anak yatim yang dhoif dan bemasalah
2. Memberi peluang kepada penghuni
rumah anak yatim ini untuk mendapatkan ilmu pendidikan yang lebih baik sebagai
pemangkin kepada sumber tenaga yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan
kelak.
3. Memberi didikan khusus
terutamanya ilmu agama bagi memastikan generasi yang dilahirkan oleh Rumah anak
yatim dan Asnaf As-Solihin mempunyai akhlak baik di samping menyediakan
tempat tinggal serta makan minum dan pekerti yang mulia.
4. Memeganga amanah dan
melaksanakannya terutama dalam pengurusan harta benda penghuni Rumah Anak Yatim
dan Asnaf As-Solihin serta dana yang disalurkan untuk kepentingan pembangunan
fizikal serta memantapkan jati diri seluruh penghuni dan anak-anak di bawah
asuhan rumah anak yati ini.
5. Menyediakan suasana
persekitaranyang kondusif kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin
sebagai cara untuk membantu perkembangan minda dan emosi mereka dengan lebih
berkesan supaya tidak terganggu.
VISI :
Menjadi rumah gantian untuk
melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan tinggi serta
berketrampilan dalam pelbagai bidang yang diceburi.