Thursday 1 December 2016

Latar Belakang Rumah Anak Yatim & Asnaf Assolihin

Kewajipan berbuat baik kepada anak yatim, Firman Allah :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَى قُلْ إِصْلاَحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu” 

(Al-Baqarah 1 : 220)


Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. ia ditubuhkan di atas kesedaran dan tanggungjawab untuk membina kehidupan yang lebih sempurna kepada anak-anak yatim dalam kalangan fakir miskin. tanggungjawab ini sebenarnya terletak dibahu setiap komuniti walau di mana pun mereka berada. tanggungjawab untuk membina kehidupan yang lebih selesa ini bukan hanya sekadar untuk menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian semata-mata tetapi harus meliputi pembangunan insan yang merangkumi pendidikan sahsiah serta akademik dan kemahiran hidup.

Malah tanggungjawab ini akan lebih dirasai penting apabila kebanyakan daripada anak-anak yatim dan asnaf ini tidak mempunyai kehidupan yang sempurna malah terdapat juga dalam kalangan mereka yang terpaksa bekerja walaupun baru diusia yang sangat muda kerana terpaksa membantu untuk menstabilkan ekonomi keluarga mereka yang kebanyakannya berlatarbelakangkan daripada keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah. hal ini mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan pendidikan kerana tidak dapat hadir ke sekolah sepertimana yang dijadualkan. bahkan ada juga di antara mereka yang terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu. keadaan ini sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak dapat mencapai apa yang diinginkan dalam kehidupan.

Kajian mendapati bahawa sebahagian besar masalah sosial yang tercetus dari kelompok remaja adalah akibat daripada tekanan hidup yang datang daripada keruntuhan keluarga serta faktor kemiskinan keluarga. faktor inilah sebenarnya yang mendorong kepada keciciran dalam bidang pelajaran yang akhirnya mengakibatkan kehidupan mereka menjadi tidak tentu arah serta menimbulkan pelbagai gejala negatif dalam kalagan masyarakat.

Penubuhan rumah anak yatim ini juga melibatkan beberapa pihak yang bertanggungjawab dan ia juga dibina berasaskan kepada misi dan visi tertentu.

MISI :

1. Mengurus kebajikan dan bantuan kepada anak-anak yatim yang dhoif dan bemasalah

2. Memberi peluang kepada penghuni rumah anak yatim ini untuk mendapatkan ilmu pendidikan yang lebih baik sebagai pemangkin kepada sumber tenaga yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan kelak.

3. Memberi didikan khusus terutamanya ilmu agama bagi memastikan generasi yang dilahirkan oleh Rumah anak yatim dan Asnaf As-Solihin mempunyai akhlak baik di samping menyediakan  tempat tinggal serta makan minum dan pekerti yang mulia.

4. Memeganga amanah dan melaksanakannya terutama dalam pengurusan harta benda penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin serta dana yang disalurkan untuk kepentingan pembangunan fizikal serta memantapkan jati diri seluruh penghuni dan anak-anak di bawah asuhan rumah anak yati ini.

5. Menyediakan suasana persekitaranyang kondusif kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin sebagai cara untuk membantu perkembangan minda dan emosi mereka dengan lebih berkesan supaya tidak terganggu.

VISI :

Menjadi rumah gantian untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan tinggi serta berketrampilan dalam pelbagai bidang yang diceburi.


1 comment:

  1. emperor casino - Shootercasino
    The latest in the collection of slot machines. The online casino 제왕카지노 offers a 바카라 range of games with all-stars, including progressive jackpots, jackpots and 카지노

    ReplyDelete