Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assolihin ditubuhkan pada bulan Januari pada tahun
2010. Rumah ini terletak di banting Selangor yang beralamat Lot 839, Jalan
Aman, Kanchong Darat, 42700, Selangor.
Ia merupakan sebuah rumah bagi sepasang suami isteri pada asalnya iaitu
Ustaz Molyana dan isterinya. Di samping
itu juga rumah ini ditubuhkan melalui cetusan idea pasangan suami isteri ini
kerana sifat keprihatinan mereka terhadap anak-anak yang kurang bernasib baik
serta bagi menjamin kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak ini.
Pada awal penubuhan rumah ini, mereka
hanya menerima dan menempatkan seramai dua belas orang kanak-kanak daripada
sekitar kawasan rumah ini sahaja. Kemudian bilangan ini semakin bertambah dari
tahun ke tahun sehinggalah terdapat seramai 58 orang kanak-kanak pada tahun ini
secara keseluruhannya. Pertambahan ini berlaku akibat daripada perkembangan
mengenai maklumat ini secara meluas daripada orang-orang sekeliling. Anak- anak
yang berada di sini berumur dalam lingkungan umur dua hingga 17 tahun. Mereka
dijaga dengan rapi di sini daripada segi kehidupan seharian, persekolahan
merekan dan selainnya.
Sepertimana yang diberitahu, rumah
anak yatim & asnaf assolihin ini diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh
Ustaz Molyana dan isterinya. Namun begitu, setelah berlaku pertambahan bilangan
anak-anak di sini, ustaz Molyana telah menubuhkan sebuah organisasi
jawatankuasa dan pengurusan yang rapi bagi memastikan segala perjalanan dan
pengurusan rumah ini lebih tersusun dan sistematik. Jawatakuasa dan pengurusan
ini dibentuk sebenarnya adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan Rumah
Anak-Anak Yatim & Assolihin iaitu yang terdiri daripada jawatankuasa yang
membuat polisi dan menggariskan hala tuju serta pihak pengurusan yang
mengendalikan urusan perjalanan harian asrama.
Senarai Jawatankuasa dan Pengurusan
Rumah Anak Yatim & Asnaf Assolihin
Jawatankuasa pengurusan
ini memainkan peranan penting dalam perkembangan rumah anak yatim & asnaf
assolihin ini. Pelan pembangunan serta sumber daya rumah anak yatim &asnaf
assolihin akan dilaksanakan secara berterusan melalui program-program motivasi,
team building, skill dan kemahiran komunikasi interpersonal, program skill dan
kemahiran belajar, kemahiran menjawab peperiksaan, skill kemahiran teknikal dan
lain-lain. Pelan pembangunan prasarana dan fizikal haruslah dilaksanakan secara
selari untuk memberikan suasana yang lebih kondusif kepada penghuni bagi
mencapai matlamat melahirkan anak-anak yatim dan asnaf yang berkualiti serta
progresif. Justeru itu juga, komitmen oleh jawatankuasa yang menguruskan
bahagian kewangan amatlam memainkan peranan yang besar.
Harapan daripada pihak pengurusan
Rumah Anak Yatim & Asnaf Assolihin adalah agar perancangan yang dirangka
akan dapat dilaksanakan dan mencapai kepada sasaran. Justeru itu, mekanisme
sokongan dari masa ke semasa terutamanya daripada individu serta organisasi dan
korporat yang prihatin dalam membantu menyalurkan bantuan dana serta sumber
daya terutamaya dari segi skill kemahiran tertentu untuk menjayakan segala
perancangan di sini untuk anak-anak di sini.
Ruangan Hadapan Ruamah Anak Yatim dan Asnaf As- Solihin
Rumah yang di bina di kawasan tanah Ustaz Molyana sendiri
No comments:
Post a Comment